Laman Web Rasmi My Ilmu

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih atas kunjungan anda ke laman web MyIlmu.

MyIlmu akan beroperasi sepenuhnya pada 3 April 2011.  Bagi yang berminat untuk mendapatkan perisian Myilmu, Demo Perisian boleh dicuba di Insan Sistem Sdn. Bhd. yang bertempat di Kolej Universiti Insaniah. Semoga perisian ini akan memberi manfaat bersama. Anda dijemput untuk mendaftarkan diri dalam web ini bagi memudahkan pihak kami berinteraksi dengan anda melalui email ataupun telefon. Pandangan serta teguran anda dalam meningkatkan kemampuan Perisian MyIlmu amatlah dihargai.

PELANCARAN DAN PERASMIAN PERISIAN MYILMU

perasmian6

Bismillahhirahmannirrahim dan Alhamdulillah

Pada 3 hb April 2011, berlansung dalam upacara yang sederhana Perisian MyIlmu telah selamat dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia iaitu YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh beliau semasa penyerahan 10 buah komputer sumbangan MIMOS Smart Computing kepada Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Melele, Kodiang Kedah. Beliau berpandangan bahawa sekiranya komputer sahaja disumbangkan oleh pihak MIMOS, tanpa pengisian perisian yang bermanfaat, maka akan memperlahankan usaha kerajaan dalam meningkatkan pencapaian penuntut dalam bidang pendidikan.

perasmian4

Turut sama hadir semasa pelancaran tersebut adalah Pengetua Sekolah Tuan Syeikh Muhammad Farid Wajdi bin Dato' Haji Tajuddin al-Jarumi, Pengurus MIMOS Smart Computing, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa serta guru-guru sekolah berkenaan. Untuk makluman sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh agama tanah air yang berkalibar serta disegani. Bagi mengisi keperluan tersebut, MyIlmu telah menyumbangkan 10 buah perisian untuk digunakan oleh pelajar sekolah tersebut. Pihak MyIlmu mengucapkan ribuan terimakasih atas kesudian beliau memberi pandangan serta meluangkan masa bagi tujuan pelancaran tersebut.

perasmian5 



 " Tanpa perisian yang baik akan memperlahankan usaha kerajaan dalam meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar "                        YB Dato Mukhriz Tun Mahathir

pic1

textmyilmu
My Ilmu adalah gabungan perisian pendidikan interaktif yang boleh digunapakai oleh ibubapa, pelajar, guru dan juga orang awam. Ianya satu perisian secara offline iaitu tanpa memerlukan internet untuk menggunakannya.

Perisian My Ilmu dilengkapi empat (4) cakera padat iaitu satu (1 ) cakera Perisian My Ilmu dan tiga (3) cakera bacaan Al Quran 30 juzuk gabungan 12 qari terkenal dan yang penting harganya amat berpatutan dengan apa yang disediakan di dalamnya dan jika diamati dengan teliti dan diambil kira secara terperinci ianya amat menguntungkan pengguna dari segi masa dan kos.

produk

textmyilmu

Perisian My Ilmu terdiri dari beberapa pakej perisian yang amat bermanfaat dan amat sesuai digunakan seisi keluarga dan yang penting harganya amat berpatutan dengan apa yang disediakan di dalamnya dan jika diamati dengan teliti dan diambil kira secara terperinci ianya amat menguntungkan pengguna dari segi masa dan kos.

OBJEKTIF
  1. Membantu guru-guru, ibubapa dan pelajar dari pelbagai latarbelakang untuk menambahbaikkan sistem pembelajaran di sekolah atau di rumah walaupun berada di luar kawasan talian berjalur lebar.
  2. Melalui pemantauan yang sistematik, para pelajar mampu cemerlang dalam setiap peperiksaan di samping mahir menggunakan komputer selaras dengan arus pemodenan masa kini.
  3. Penerapan nilai-nilai islam yang diambil oleh My Ilmu dapat mewujudkan para pelajar yang berjaya di dunia maupun diakhirat.
  4. Melahirkan anak-anak bangsa Malaysia yang cemerlang, kreatif, berwibawa dan berdaya maju.
  5. Mewujudkan sistem pendidikan yang unik dan BUKAN sebagai tempat menjana pendapatan secara Multi Level Management. (MLM).
  6. Menjalinkan perhubungan yang erat dalam institusi kekeluargaan.

KANDUNGAN PERISIAN

  1. Sistem Tadika, UPSR, PMR DAN SPM secara off line
  2. Al-Quran 30 Juzuk Bacaan 12 Qari
  3. My Nota
  4. My Video & Audio
  5. Himpunan Doa & Amalan Harian
  6. e-Dictionary 3 Bahasa Arab-Melayu-Inggeris / Kamus Jawi
  7. My Web
  8. Himpunan Nama-nama Islam

SISTEM TADIKA, UPSR, PMR SPM 'OFFLINE'

My Ilmu telah dicipta bagi menyediakan pelajar kepada suatu kaedah pembelajaran ke arah kesempurnaan untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Perisian ini merangkumi pakej pembelajaran dari;

  1. Pra-sekolah,
  2. Tahun Satu hingga ke Tahun Enam
  3. Peringkat sekolah rendah (UPSR)
  4. Tingkatan 1 hingga 3 untuk PMR
  5. Tingkatan 4 dan 5 untuk SPM

AL-QURAN 30 JUZUK BACAAN 12 QARI

Bagi setiap pembelian perisian My Ilmu, pengguna akan diberikan secara percuma Al-Quran 30 Juzuk. Perisian yang menghimpunkan 12 qari dan setiap qari akan membaca 30 juzuk lengkap dan disertakan terjemahan makna Melayu dan disumberkan dari Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.php

HIMPUNAN NAMA-NAMA ISLAM

Perisian ini mempunyai database melebihi 3 ribu nama yang dimuatkan dalam bentuk tulisan arab dan rumi beserta makna. Ianya satu injin pencarian nama yang boleh mencari dalam 2 cara iaitu melalui tulisan arab ataupun tulisan rumi. Ianya juga boleh disenarai dalam kategori jantina.

KAMUS 3 BAHASA, ARAB, MELAYU DAN INGGERIS / KAMUS JAWI

Kamus 3 bahasa ini mempunyai teks berbaris penuh di dalam bahasa arabnya. dan mempunyai database melebihi 60 ribu perkataan. Terdapat juga kamus jawi mengikut ejaan dewan bahasa semasa.

HIMPUNAN DOA DAN AMALAN HARIAN

Satu gabungan Himpunan doa dalam pelbagai kategori yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan insan yang bersyukur kepada Tuhan dan melahirkan anak-anak yang Soleh dan Solehah di kalangan ibu bapa yang sentiasa berdoa untuk keluarga dan anak-anak beserta tip-tip berguna. Maklumat pangkalan datanya boleh ditambah sendiri.

MY NOTA

My Nota adalah satu perisian yang dapat memuatkan isi kandungan segala bentuk nota terutamanya nota pengajian atau kuliah atau bahan-bahan yang diberikan oleh guru mahupun pensyarah atau coordinator kursus secara 'soft copy'. Perisian ini memudahkan pelajar atau pensyarah untuk mengemaskinikan nota-nota secara teratur serta mengaksesnya dengan lebih mudah.

MY VIDEO DAN MY AUDIO

Perisian My Video dan My Audio diwujukan untuk membolehkan segala bentuk video ataupun audio yang terdapat di dalam internet ataupun dalam pelabagai format video dan audio dirakam dan disimpan di dalam perisian ini. Ianya memudahkan pengguna untuk menyimpan segala bahan tersebut dengan lebih teratur. Bahan audio atau video ini boleh dimuat dalam pelbagai bentuk seperti .mp3, mp4, flv, wav, avi. Kelebihan My Audio ialah kita dapat menyimpan segala bentuk audio yang berformat di atas seperti ceramah pengajian kulliyyah ataupun ceramah agama dan di bawahnya disediakan ruang catatan nota. Ianya amat berguna terutama kepada pelajar kerana ianya boleh diulang-ulang dengar dan dicatat nota.

PENAMBAHAN MAKLUMAT

Penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa dan akan dimaklum melalui laman web my ilmu ataupun sms dan sebagainya.

 

You are here: